Monday 28 January 2013

Setia Hujung Nyawa


JiKa Ku TaK bAnGuN eSoK PaGi...

  

Jika ku tak bangun esok pagi

Sayang ku kau jagalah diri 

Sentiasa ingatkan hati

Dirimu amat ku cintai...

Andainya dihimpit kesusahan

Sujud dan mohon pada Tuhan

Agar diberikan bimbingan

Meniti hidup bersendirian...

Bila terasa sejuk pejamkan mata

Bayangkan dalam dakapan ku

Bila terasa rindu pejamkan mata

Kita bersua dalam lena...

Kalau ada yang sudi mengganti

Sayang lepaskanlah ku pergi

Kerana sayang seistimewa mu

Berhak untuk dicinta dalam hidup...

sayang...Tiada apa yang kekal dalam dunia ini

Namun yang pasti walaupun ku tiada nanti

Cinta ku...Akan kekal abadi...

Ku berharap kau tak akan lupa

Mengirimkan bekalan doa

Kita jumpa lagi di sana nanti

Jika ku tak bangun...Esok pagi

Jika ku tak bangun esok pagi...

 

Sunday 13 January 2013

8 sebab suami benci isteri


8C Sebab Suami Benci Isteri

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan anak-anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C tu.

1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

 

2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan tutur kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua…

3. CELUPAR

Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

4. COMOT

Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yang comel-comel aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit-sikit dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yang bukan-bukan…

6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

 

PANTUN ENAM KERAT(TINGKATAN 5)
































Mencintai tidak bererti memiliki



mencintai tidak bererti memiliki..

Janganlah kau angkuh melaungkan...

 Si dia kepunyaan mu ...

Atau kau kepunyaan si dia ...

Kerana hakikatnya...

Kita tidak pernah memiliki sesiapa...

Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...

Hukum alam menyatakan...

Mencintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura ...

 Berlakon di pentas dunia...

Dan bertopeng menutup rahsia..

Tetapi hati...

Tidak pernah berdusta pada empunya...

Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

 Tidakkah kau sedar...

Mungkin si dia melafazkan...

Ungkapan cinta pada mu ...

Tetapi hati dan perasaannya...

Tidak pernah berniat begitu...

Dia hanya berselindung...

Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...

Begitu jujur dan setia mencintainya..

 Sehingga terlupa..

Hukum alam menyatakan..

Mencintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya... "Aku tidak pernah memiliki diri mu..."

"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah...

Kita sebenarnya kepunyaan..

Yang Maha Esa...

Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...

Kecuali Dia...

Dia mengasihi hamba-Nya...

Dia memiliki hamba-Nya...

Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali......

SAJAK HARGA REMAJA(TINGKATAN 4)





















SAJAK KECEK ( TINGKATAN 5)





















SEBUAH PERSIMPANGAN

OLEH:

ORKID MERAH
EPISOD 1
Luruh jantungku pabila buat pertama kalinya kulihat dia.  Lenggang –lenggoknnya  memasuki ruang legar di mana aku setia menanti memukau pandangan mataku. Haruman dirinya menerbangkan ingatanku ketika detik kali pertama aku diketemukan dengan bakal isteriku dahulu yang kini telah selamat aku nikahi.  Rasa sebegini pernah aku alami. Namun rasa itu kini telah hampir mati. Kurasakan perasaanku terhadap isteriku semakin menghilang biarpun jejaknya cuba aku gapai kembali.  Kehambaran semakin bermaharajalela di dalam diri.  Sedikit demi sedikit membunuh rasa cintaku kepada Nur Athirah isteriku.  Kedinginannya terhadapku menjadikan aku seorang perindu.  Rindu pada layanan mesranya, gelak tawanya yang suatu ketika dahulu begitu memikat hatiku.

“Thira, temankan abang menonton tv”, ajakku kerana aku inginkan agar kami dapat menghabiskan masa bersama.

“Alah, abang tonton la sendiri, Thira banyak kerja la bang, nak kemas dapur " jawab Thira bersahaja.

“Tinggalkanlah kerja tu sekejap, temankan abang”, kataku lagi

“Abang ni, kalau Thira tak buat siapa lagi nak buat, abang bukan nak tolong Thira pun” marah Thira lalu menghilang ke dapur.

Hatiku terasa sesuatu, terasa diri tidak dihiraukan.  Hampakah aku, sudah kurangkah rasa cintanya kepada diriku.

Ahhh....kenapa rasa ini semakin hari semakin membelenggu diri.  Ruang kekosongan memenuhi  hatiku.  Laptop kucapai. Aku mula melayari ruang sesawang yang kufikir boleh mengubati kekosongan jiwaku.  Dalam pada fikiranku mencongak laman apa yang harus kulayari benakku terdetik untuk membuka  akaun di satu laman sosial.  Butir-butir akaun ini pernah kudengar daripada perbualan kawan-kawan ketika minum di sebuah gerai.

“Minggu lepas aku ada temu janji dengan seorang wanita”, cerita Farid iaitu seorang jurutera di syarikatku.

“Alah, biasa la tu”, kata Mamat

“Iskk....kau ni, luar biasa la....” ,ujar Farid

“Apa yang luar biasanya, bukan kau x biasa ada temu janji dengan wakil syarikat wanita,biasa je lah”, tokok Mamat

“Iskk..kau ni Mamat, maksud aku bukan sebab kerjalah”,sambung Farid

“Habis..”,ujar Mamat kehairanan

“Suka-suka”, jawab farid ringkas

“Aik Farid, kaukan dah kawin...tak baik tau kau buat macam tu...kau tak rasa bersalah ke?” ujarku, aku pelik dengan penjelasan Farid kerana setahu aku isterinya seorang yang baik, tidak wajar sekiranya Farid memperlakukannya sedemikian rupa.

“Rileks la Irman, bukan aku curang pun, aku cuma mencari ruang untuk diri sendiri...kau tak faham perasaan aku”, sambung Farid lagi

Lamunanku terhenti.

“Abang, Thira tidur dulu ya, ngantuk la, rasa lenguh satu badan”, kata Thira yang tiba-tiba keluar dari arah dapur.

“Thira tak nak teman abang ke?” tanyaku lagi dengan harapan yang tinggi menggunung.

“Letih la bang, assalamualaikum” ucap isteriku sambil berlalu ke kamar.
"Waalaikummussalam." jawabku di dalam hati.
Sepeninggalan Athirah aku tenggelam dalam duniaku. Perasaan kecewa kembali aku rasai, kecewa kerana terasa diri tidak dipedulikan.
Setelah hampir lima bulan perkenalanku dengan Harlina di ruangan siber.Kami mengambil keputusan untuk berjumpa buat pertama kalinya. Bagiku Harlina kembali membuka ruang untukku jatuh cinta lagi. Ruang-ruang kosong yang ditinggalkan isteriku semakin terisi biarpun tidak sepenuhnya. Semangatku seperti pulih kembali. Bunga-bunga cinta kembali mekar dan terus berkembang di lubuk hatiku.
Ahhh....aku keliru.
"Assalamualaikum," sapa Harlina
Kemerduan salam itu mengejutkan aku daripada lamunan.Pandanganku tertancap pada satu jasad yang muncul di hadapanku. Orangnya sederhana, pandangan matanya membuatkan aku terpukau dengan sinar ketenangan yang dipancarkan. Senyumannya manis sekali walaupun kulihat dia tidaklah secantik ratu dunia, namun senyuman yang dipamerkan bersama lekukan lesung pipit dikedua-dua belah pipinya begitu mendebarkan hatiku. Aku terkesima.
"Waalaikummussalam," jawabku gugup.
"Maaf saya bertanya, saudara Encik Irman Hashimy kan?" tanya Harlina kepadaku.
"Iya, saya Irman Hashimy," jawabku. "Saudari tentu Harlina." tebakku.
"Iya, saya Harlina," jawab Harlina lembut.
Dalam hatiku berkata-kata, bertuahnya lelaki yang menjadi suaminya. Kenapa aku tidak seberuntung itu? Kenapa aku tidak diketemukan dengannya dahulu, kenapa baru kini, tidak sebelum aku mengenali isteriku? Pelbagai persoalan menerjah ruang pemikiranku, tidak bersyukurkah aku?
Kalau dahulu aku diketemukan dengan Harlina sudah pasti akulah lelaki yang paling bahagia,paling bertuah. Tidak bahagiakah aku? Dari mana datangnya anak-anakku jika aku tidak bahagia. Aku akui suatu ketika dahulu akulah lelaki yang paling bahagia sekali. Selalu punyai masa untuk bersama keluarga. Namun belakangan ini, sejak anak2 mula menginjak dewasa tiada lagi gurau senda daripada mereka yang bisa menerbitkan sinar bahagia dihatiku. Aku berasa kesunyian telah lama menyinggah dihatiku. Athirah isteriku, semakin hari kurasakan semakin dingin, jauh dan semakin jauh meninggalkan aku. Kesepian yang aku alami meminggirkan jauh aku dari dirinya dan perasaan tidak dipedulikan semakin menebal dibenakku.
* setakat ini sahaja yang mampu ditaip hari ini...akan disambung lagi..
 
 

Sajak Bangkitlah (Form 5)























Sajak Dirgahayu Bahasaku (Form 5)


















Aku Bermohon :')

Aku bermohon kepadaMU..
Ya Allah…
Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
Agar kemesraan itu abadi…
Dan ya Allah, Ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
Agar aku bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku...
Amin.....

 

Saturday 12 January 2013

What is love ?

 
 

Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
 Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
 Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
 Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu, gembira,sedih, tenang,tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
 Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
 
 
From ,
orkid merah .