Lelaki perlu
tahu yang perempuan:
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan
mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI
mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik
dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab
sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi
pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat
disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri
seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya
kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi
EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan
dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu
saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah
membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.
“Peranan
LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai
pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk
dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI
dan PERASAAN WANITA”
Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil
berat (prihatin).
2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik.
Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai
wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran
atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar
yang dirasakan oleh seorang wanita.
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu
mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau
mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak
wanita keluar kali pertama!
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin
memikat hati w anita.
9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia
berkata tidak atau kurang setuju.
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya
ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami
maksudnya.
11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut
nama lelaki lain.
13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau
buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak
faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana
berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai
wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya
kawan..:)
16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja.
Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu
indah!
17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa
bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi
hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas
sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan
air mata senjata perempuan.
"Lelaki
bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka
juga normal dan mempunyai kelemahan"