Sunday 13 January 2013


SEBUAH PERSIMPANGAN

OLEH:

ORKID MERAH
EPISOD 1
Luruh jantungku pabila buat pertama kalinya kulihat dia.  Lenggang –lenggoknnya  memasuki ruang legar di mana aku setia menanti memukau pandangan mataku. Haruman dirinya menerbangkan ingatanku ketika detik kali pertama aku diketemukan dengan bakal isteriku dahulu yang kini telah selamat aku nikahi.  Rasa sebegini pernah aku alami. Namun rasa itu kini telah hampir mati. Kurasakan perasaanku terhadap isteriku semakin menghilang biarpun jejaknya cuba aku gapai kembali.  Kehambaran semakin bermaharajalela di dalam diri.  Sedikit demi sedikit membunuh rasa cintaku kepada Nur Athirah isteriku.  Kedinginannya terhadapku menjadikan aku seorang perindu.  Rindu pada layanan mesranya, gelak tawanya yang suatu ketika dahulu begitu memikat hatiku.

“Thira, temankan abang menonton tv”, ajakku kerana aku inginkan agar kami dapat menghabiskan masa bersama.

“Alah, abang tonton la sendiri, Thira banyak kerja la bang, nak kemas dapur " jawab Thira bersahaja.

“Tinggalkanlah kerja tu sekejap, temankan abang”, kataku lagi

“Abang ni, kalau Thira tak buat siapa lagi nak buat, abang bukan nak tolong Thira pun” marah Thira lalu menghilang ke dapur.

Hatiku terasa sesuatu, terasa diri tidak dihiraukan.  Hampakah aku, sudah kurangkah rasa cintanya kepada diriku.

Ahhh....kenapa rasa ini semakin hari semakin membelenggu diri.  Ruang kekosongan memenuhi  hatiku.  Laptop kucapai. Aku mula melayari ruang sesawang yang kufikir boleh mengubati kekosongan jiwaku.  Dalam pada fikiranku mencongak laman apa yang harus kulayari benakku terdetik untuk membuka  akaun di satu laman sosial.  Butir-butir akaun ini pernah kudengar daripada perbualan kawan-kawan ketika minum di sebuah gerai.

“Minggu lepas aku ada temu janji dengan seorang wanita”, cerita Farid iaitu seorang jurutera di syarikatku.

“Alah, biasa la tu”, kata Mamat

“Iskk....kau ni, luar biasa la....” ,ujar Farid

“Apa yang luar biasanya, bukan kau x biasa ada temu janji dengan wakil syarikat wanita,biasa je lah”, tokok Mamat

“Iskk..kau ni Mamat, maksud aku bukan sebab kerjalah”,sambung Farid

“Habis..”,ujar Mamat kehairanan

“Suka-suka”, jawab farid ringkas

“Aik Farid, kaukan dah kawin...tak baik tau kau buat macam tu...kau tak rasa bersalah ke?” ujarku, aku pelik dengan penjelasan Farid kerana setahu aku isterinya seorang yang baik, tidak wajar sekiranya Farid memperlakukannya sedemikian rupa.

“Rileks la Irman, bukan aku curang pun, aku cuma mencari ruang untuk diri sendiri...kau tak faham perasaan aku”, sambung Farid lagi

Lamunanku terhenti.

“Abang, Thira tidur dulu ya, ngantuk la, rasa lenguh satu badan”, kata Thira yang tiba-tiba keluar dari arah dapur.

“Thira tak nak teman abang ke?” tanyaku lagi dengan harapan yang tinggi menggunung.

“Letih la bang, assalamualaikum” ucap isteriku sambil berlalu ke kamar.
"Waalaikummussalam." jawabku di dalam hati.
Sepeninggalan Athirah aku tenggelam dalam duniaku. Perasaan kecewa kembali aku rasai, kecewa kerana terasa diri tidak dipedulikan.
Setelah hampir lima bulan perkenalanku dengan Harlina di ruangan siber.Kami mengambil keputusan untuk berjumpa buat pertama kalinya. Bagiku Harlina kembali membuka ruang untukku jatuh cinta lagi. Ruang-ruang kosong yang ditinggalkan isteriku semakin terisi biarpun tidak sepenuhnya. Semangatku seperti pulih kembali. Bunga-bunga cinta kembali mekar dan terus berkembang di lubuk hatiku.
Ahhh....aku keliru.
"Assalamualaikum," sapa Harlina
Kemerduan salam itu mengejutkan aku daripada lamunan.Pandanganku tertancap pada satu jasad yang muncul di hadapanku. Orangnya sederhana, pandangan matanya membuatkan aku terpukau dengan sinar ketenangan yang dipancarkan. Senyumannya manis sekali walaupun kulihat dia tidaklah secantik ratu dunia, namun senyuman yang dipamerkan bersama lekukan lesung pipit dikedua-dua belah pipinya begitu mendebarkan hatiku. Aku terkesima.
"Waalaikummussalam," jawabku gugup.
"Maaf saya bertanya, saudara Encik Irman Hashimy kan?" tanya Harlina kepadaku.
"Iya, saya Irman Hashimy," jawabku. "Saudari tentu Harlina." tebakku.
"Iya, saya Harlina," jawab Harlina lembut.
Dalam hatiku berkata-kata, bertuahnya lelaki yang menjadi suaminya. Kenapa aku tidak seberuntung itu? Kenapa aku tidak diketemukan dengannya dahulu, kenapa baru kini, tidak sebelum aku mengenali isteriku? Pelbagai persoalan menerjah ruang pemikiranku, tidak bersyukurkah aku?
Kalau dahulu aku diketemukan dengan Harlina sudah pasti akulah lelaki yang paling bahagia,paling bertuah. Tidak bahagiakah aku? Dari mana datangnya anak-anakku jika aku tidak bahagia. Aku akui suatu ketika dahulu akulah lelaki yang paling bahagia sekali. Selalu punyai masa untuk bersama keluarga. Namun belakangan ini, sejak anak2 mula menginjak dewasa tiada lagi gurau senda daripada mereka yang bisa menerbitkan sinar bahagia dihatiku. Aku berasa kesunyian telah lama menyinggah dihatiku. Athirah isteriku, semakin hari kurasakan semakin dingin, jauh dan semakin jauh meninggalkan aku. Kesepian yang aku alami meminggirkan jauh aku dari dirinya dan perasaan tidak dipedulikan semakin menebal dibenakku.
* setakat ini sahaja yang mampu ditaip hari ini...akan disambung lagi..
 
 

1 comment: