Wednesday 5 June 2013

             RAHSIA ILAHI

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi…


Dan ya Allah… ya Tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantilah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buatku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Tuesday 30 April 2013

SAYANG KAMU

Sayang kamu

Utusan Buat Orang Yang Ku SAyang.....

Seandainya Tuhan mengizinkan

ingin aku terus bersamamu

biarpun pedih dugaannya

rela aku menghadapinya dengan sabar

Seandainya Tuhan mengizinkan

cintamu mekar bersamaku

ingin aku membahagiakan hidupmu

Tak pernah ku termimpi

untuk bercinta denganmu

tapi dah tersurat kita bertemu dan jatuh cinta

Sekiranya engkau dpt menerima ku seadanya

itulah buktinya keikhlasanmu

Andai Tuhan mengizinkan

ku ingin menunaikan segala impian yang lama terpendam

andai kita ditakdir terpisah jauh di mata

namun hati tetap sayang dan merinduimu

tiada siapa yang dapat melenyapkan cinta dihatiku

hanya Tuhan saja yang berkuasa

Aku harap engkau masih menyayangi diri ini

kerana ku tidak sanggup berpisah denganmu

kenangilah saat-saat indah percintaan kita

semoga abadi kisah cinta kita

Seandainya Tuhan mengizinkan

cintamu mekar bersamaku

Ingin aku membahagiakan hidupmu

selama-lamanya

Friday 26 April 2013

KARAM
 
Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa

Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu
Di kala sendu
Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...



TITIAN HASRAT
 
 
Kita bagai merpati,
Yang sering beriringan,
Menuju ke syurgawi pelangi,
Kita mengumpul hasrat,
Tiada henti-hentinya,
Mencari persinggahan,
Bina istana,

*
Namun ku tak berdaya membina cinta,
Syurgawi yang dicari dilanda gelita,
Gugurlah harapanku bersama hujan,
Bagai ada sesuatu cinta terhalang,
Dimanakah kau sayang di mana,
Jika hilang ku nanti kembali,
Andai duka dimana khabarmu,
Jika bahgia,apalah ertinya,
Ku menunggu...dan menunggu

Ulang*

Titian hasrat cinta,antara kita,
Lebur dipersinggahan
sebuah harapan.
Lirik Lagu Memori Duka - Sons Of Adam

Secara tiba-tiba aku mengingati mu
Di kamar sepi di malam syahdu
Inikah katanya rindu
Sengsara tiada terhingga
Setelah perpisahan pun berlalu

Terdengar lagu cinta membawa kesayuan
Membangkitkan hasrat yang terluka
Lalu aku terdiam pada lena yang panjang
Terurailah rahsia yang terpendam

* Bertahun dalam derita
Tanpa mu aku melara
Berbekas saat mimpi ku di perjalanan ini
Pemergian diri mu putuslah cinta yang lama
Menghentam diri ku dalam memori

** Malam kian memaksa lagu menghanyut pilu
Wajah-wajah duka pun hilang
Jika tersua lagi mungkin aku menangis
Menahan getaran hati yang musnah

Ulang * dan **

MUTIARA

 
MUTIARA
 
 
Berulang kenyataan kuberi
tapi kau masih tidak mengerti
perasaanku ini
adakah kau memahami
langkah ini telah kuutuskan
berjalan di setian andaian
sepi mengajar kita
memahami bahasa cinta
 
Dalam bersahaja kauselitkan madah yang terindah
dalam terpesona seraut wajahmu
keunggulan dan kesuciaanmu bagai mutiara
dan terus memancar dihatimu
 
Puisi cinta yang kian lama
memancar indah serta bercahaya
telah kucuba tapi tak berdaya
hendak kulupa
teringat semula
seraut wajah.

MANUSIA DAN BUKU

                                                            MANUSIA DAN BUKU


Manusia seperti Sebuah BUKU.
Cover depan adalah tanggal lahir.
Cover belakang adalah tanggal kematian.
Tiap lembarnya, adalah tiap hari dalam hidup kita dan apa yg kita lakukan.
Ada buku yg tebal,
ada buku yg tipis.
Ada buku yg menarik dibaca,
ada yg sama sekali tidak menarik.

Sekali tertulis, tidak akan pernah bisa di’edit’ lagi.

Tapi hebatnya,
seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru dan tiada cacat.

Sama dengan hidup kita, seburuk apapun kemarin,
Allah swt selalu menyediakan hari yang baru untuk kita.

Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yg benar dalam hidup kita setiap harinya. Kita selalu bisa memperbaiki kesalahan kita dan melanjutkan alur cerita kedepannya sampai saat usia berakhir, yang sudah ditetapkanNYA.

Terima kasih ya Allah utk hari yg baru ini..

Syukuri hari ini.
dan isilah halaman buku kehidupanmu dgn hal2 yg baik semata.

Dan, jangan pernah lupa, untuk selalu bertanya kepada Allah, tentang apa yang harus ditulis tiap harinya.

Supaya pada saat halaman terakhir buku kehidupan kita selesai, kita dapati diri ini sebagai pribadi yg berkenan kepadaNYA.

Dan buku kehidupan itu layak untuk dijadikan teladan bagi anak2 kita dan siapapun setelah kita nanti.

Selamat menulis di buku kehidupanmu,
Menulislah dengan tinta cinta dan kasih sayang, serta pena kebijaksanaan.

Aku berdoa dan berharap :

“agar Allah swt selalu menyertai setiap langkahmu” ……….karena………
Allah tidak pernah menjanjikan bahwa
Langit itu selalu biru,
Bunga selalu mekar,
dan Mentari selalu bersinar..

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi Pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata,
Berkah di setiap cobaan,
dan jawaban di setiap do’a..

Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★

-terimakasih ya Allah -

 

KEMILAU KASIH

 
 
 
KEMILAU KASIH
 
 
 
 
masih berupayakah aku?
untuk mencari kemilau kasih
setelah aku jauh tersisih
dihanyut di dunia yang asing
aku semakin alpa
alpa dengan sandiwara dunia
dan aku semakin leka
tanpa menghiraukan yang maha Esa
kehidupan aku jauh melayang
tanpa arah
mendustakan jasad ke lembah leta
aku dibuai dengan sandiwara dunia
tanpa aku sedari hidupku semakin terseksa
masihkah ada kemilau kasih?
setelah aku jauh berpaling
masih adakah keinsafan?
setelah aku melakukan kekhilafan

Monday 1 April 2013

HANYA KERNA SENYUMAN

Senyum
Bisa meruntuhkan keegoan
Bisa menerbitkan getaran
Bisa mencantumkan dua jiwa
Bisa membelai perasaan
Jua kekadang
Bisa membunuh perasaan

Perasaan
Terkadang beriak gembira
Terkadang juga memecah sengsara
Namun
Tanpa perasaan
Kita bukan sesiapa
Jiwa tanpa perasaan
Ibarat ombak tidak berpantai
Bumi tidak berpaksi
Bulan tidak berbintang

Bintang hatiku
Sinarmu seindah purnama
Kerlipmu secantik kejora
Segagah perwira
Hadirmu membawa getaran
Getaran indah penuh debaran
Debar itu tak pernah berhenti
Biarpun masa terus berlalu
Tetap kukuh ampuh menahan gelora
Gelora yang tak pernah padam
Kian bergelombang
Pabila mata bertaut mesra

Dia
Pernah kugilai
Masih kucintai
Sentiasa kusayangi
Teguh bertakhta di ruang sanubari
Teman sehidup semati
Kekasihku
Jua suamiku.....



Sunday 31 March 2013

kelebihan lelaki dan perempuan


Lelaki perlu tahu yang perempuan:

1.     Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2.     Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3.     Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4.     Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5.     Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6.     Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7.     Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8.     Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9.     Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10.   Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”


Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

1.     Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
2.     Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3.     Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
4.     Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5.     Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
6.     Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
7.     Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
8.     Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati w anita.
9.     Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
10.   Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11.   Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! 
12.   Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
13.   Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
14.   Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
15.   Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
16.   Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
17.   Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
18.   Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
19.   Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
20.   Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

"Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan"

Sunday 10 February 2013

Kelebihan Bercium


Kelebihan Bercium


Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan... bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....


1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

Monday 28 January 2013

Setia Hujung Nyawa


JiKa Ku TaK bAnGuN eSoK PaGi...

  

Jika ku tak bangun esok pagi

Sayang ku kau jagalah diri 

Sentiasa ingatkan hati

Dirimu amat ku cintai...

Andainya dihimpit kesusahan

Sujud dan mohon pada Tuhan

Agar diberikan bimbingan

Meniti hidup bersendirian...

Bila terasa sejuk pejamkan mata

Bayangkan dalam dakapan ku

Bila terasa rindu pejamkan mata

Kita bersua dalam lena...

Kalau ada yang sudi mengganti

Sayang lepaskanlah ku pergi

Kerana sayang seistimewa mu

Berhak untuk dicinta dalam hidup...

sayang...Tiada apa yang kekal dalam dunia ini

Namun yang pasti walaupun ku tiada nanti

Cinta ku...Akan kekal abadi...

Ku berharap kau tak akan lupa

Mengirimkan bekalan doa

Kita jumpa lagi di sana nanti

Jika ku tak bangun...Esok pagi

Jika ku tak bangun esok pagi...