Tuesday 20 May 2014

TEKS UCAPAN JURU ACARA HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK TAMAN SRI MUDA TAHUN 2014:

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Yang Berbahagia  PN SALAMAH BT MOHAMAD WAKIL PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, PETALING PERDANA  diiringi yang berusaha EN. SIVAPRAKASAM A/L ARUMUGAM  NAIB YANG DIPERTUA PIBG SMK TMN SRI MUDA, YG BERUSAHA PN.NORLILA BT OMAR  PENGETUA SMK TMN SRI MUDA SERTA GURU2  KANAN .
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku .  Hadirin diminta berdiri.

Terima kasih diucapkan. Untuk makluman semua, majlis hari ini merupakan majlis rasmi sekolah. Oleh itu, pihak urus setia memohon jasa baik semua hadirin menghormati majlis ini, semua hadirin juga diharap dapat mematikan telefon bimbit dan tidak meninggalkan majlis sehingga tamat majlis. Molek kiranya kita meraikan kejayaan pelajar2 ini bersama2 agar mereka lebih bermotivasi untuk belajar dengan lebih gigih lagi.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.


Yang Berbahagia PUAN SALAMAH BINTI MOHAMAD
WAKIL  PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PETALING PERDANA

Yang Berusaha ,EN. SIVAPRAKASAM A/L  ARUMUGAM
Naib Yang Dipertua PIBG, SMK TAMAN SRI MUDA

Yang Berusaha  ,Puan Norlila bt Omar
Pengetua SMK TAMAN SRI MUDA

Barisan pentadbir sekolah, guru2 penolong kanan,guru2 , para ibu bapa  seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.

 Melati kuntum menghias gelas
Tumbuh melata di tepi kali,
 Anugerah Cemerlang 2014,
 Majlis Murid-murid cemerlang kita hargai


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang SMK TAMAN SRI MUDA bagi tahun 2014. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia PN SALAMAH BT MOHAMAD,  wakil pegawai pendidikan daerah petaling perdana kerana  sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK TAMAN SRI MUDA pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian.  Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis mempersilakan   En Abu Bakar Rudin  untuk memimpin bacaan  doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Abu Bakar Rudin  atas bacaan doa sebentar tadi.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengetua SMK TMN SRI MUDA. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Norlila bt omar, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan  ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha Puan Norlila bt Omar, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

 Bertonggak adat,  “yang datang disambut, yang pergi diringi”, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan   PN SALAMAH BT MOHAMAD wakil pegawai pendidikan daerah petaling untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SMK TMN SRI MUDA bagi tahun 2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berbahagia PN SALAMAH BT MOHAMAD  atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi.
***SELINGAN SYAIR DARI SIVAJOTHI

 Majlis kita hari ini akan diserikan dengan satu persembahan daripada kumpulan angklung sekolah dengan 2 buah lagu iaitu lagu YOU RAISE ME UP DAN WAU BULAN . untuk pengetahuan semua Kelab ini telah ditubuhkan pada 11 oktober 2011 dengan 40 orang ahli yang terdiri  daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Persembahan ini telah dilatih oleh seorang guru yang amat komited iaitu PN NORAZLINA BT LAZIM. Dengan ini dijemput kelab angklung SMK TMN SRI MUDA  ke pentas untuk mempersembahkan hasil kreativiti mereka kpd semua , dipersilakan.BERSAMA KITA HAYATI ALUNAN MERDU DARI HAYUNAN BULUH2 YANG DIRUNGKAI MENJADI SUATU IRAMA YANG BEGITU MENUSUK KALBU…

***DIBACA MASA GAPE PERTUKARAN LAGU
Untuk pengetahuan semua hadirin kelab angklung smk taman sri muda sudah begitu  dikenali .Antara pencapaian yg begitu membanggakan pihak sekolah kelab angklung smk tmn sri muda pernah dijemput untuk mempersembahkan hasil kreativiti mereka dlm majlis perasmian dan penutup pertandingan mengenal burung antarabangsa di bukit fraser anjuran kementerian kebudayaan pelancongan malaysia, pernah juga terlibat dlm perasmian one MCAT DI KLCC. Mereka juga pernah membuat persembahan secara langsung di dalam rangcangan selamat pagi malaysia, RTM,Assalamualaikum di tv al-hijrah dan muzik ekstra TV(i) Astro. Selain itu mereka juga  terlibat dlm persembahan pesta flora dan fauna di putrajaya, di dalam majlis perkahwinan dan mengiringi vip. Perjuangan seni mereka turut disiarkan dlm media massa Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Melayu(tutor) dan majalah YEZZ terbitan karangkraf.

Terima kasih diucapkan kepada kelab angklung SMK TMN SRI MUDA  di atas persembahan yang cukup merdu itu tadi, diharap semua hadirin terhibur.

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar   yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik SEKOLAH MEN KEB TMN SRI MUDA. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha  PN SALAMAH BT MOHAMAD wakil  Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana  diiringi oleh Puan Norlila bt Omar Pengetua SMK TAMAN SRI MUDA ke pentas  untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar. Penyampaian  anugerah yg akan berlangsung sebentar nanti adalah anugerah TERBAIK KESELURUHAN  SPM 2013 , TERBAIK KESELURUHAN PMR 2013 dan ANUGERAH TOKOH NILAM 2014
Dengan ini majlis menjemput SAUDARI ANITA LEONG SU JUAN ke pentas
Untuk makluman semua hadirin sedikit dibaca tentang biodata beliau,
Beliau merupakan anak ke-3 daripada 5 adik beradik. Kegemaran beliau adalah menonton televisyen. Belaiu bercita-cita untuk menjadi seorang pemandu pelancong. Pernah memegang jawatan sebagai jurujual koperasi sekolah pd thn 2010, merupakan ketua tingkatan 5Azam pada tahun 2013. Selain itu beliau pernah menjawat jawatan ketua setiausaha  pemimpin pelajar dan sebagai ajk sidang redaksi. Merupakan pelajar 10 terbaik dari tingkatan 1 – 4 ,pada tahun2011 beliau telah mendapat 8 A dlm PMR dan merupakan pelajar cemerlang mata pelajaran KHB (ting 1),Sains (ting 2),Matematik tambahan (ting 4). Dalam pencapaian dalam bidang kokurikulum pula beliau merupakan tokoh kokurikulum untuk persatuan bukan akademik pada tahun 2012, beliau juga merupakan best achiever award utk  young enterprise prrogram dan mendapat first runner up untuk pertandingan ‘clean & clear Malaysia Mural 2013. Merupakan anak kpd pasangan en. Leong Tze Chong dan Puan Zalinna Suraya.
Di atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh beliau, saudari  ANITA LEONG SU JUAN dianugerahkan PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN SPM 2013 dengan meraih 10 A  iaitu 7 A+ dan 3A dalam SPM 2013 .
Dijemput kedua ibu bapa beliau ke pentas untuk bersama2 meraikan detik yg cukup bersejarah ini. Dijemput ibu beliau pn. Zalinna Suraya bagi menerima jambangan bunga sebagai simbolik ucapan terima kasih dr pihak sekolah kerana mempunyai seorang anak yg berjaya mengharumkan nama sekolah.
Terima kasih diucapkan kpd penerima anugerah…
Seterusnya dijemput saudari  SHIVAJOTHI A/P SELVARAJAN  KE PENTAS.
Dibacakan sedikit biodata tentang pelajar yang bertuah ini
Merupakan anak ketiga daripada 3 orang adik beradik. Hobi beliau adalah melukis dan menyanyi, bercita-cita untuk menjadi seorang doctor gigi. Belaiu  menyandang jawatan sebagai pemimpin pelajar , merupakan pengerusi persatuan olahraga, naib setiausaha persatuan bahasa inggeris, naib bendahari krs,setiausaha teakwando. Pernah meraih naib johan dalam pertandingan Syair peringkat daerah pada tahun 2013, menerima kenaikan pangkat sbg staf sarjan dlm kadet remaja sekolah. Beliau merupakan puteri kepada pasangan En. Selvarajan a/l Kandasamy dan Puan Vizaya a/p Thanbaraju. Di atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh beliau, saudari  SHIVAJOTHI A/P SELVARAJAN  dianugerahkan PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN PMR 2013 dengan meraih 7 A utk semua mata pelajaran dlm PMR 2013.
Dijemput kedua ibu bapa beliau ke pentas untuk bersama2 meraikan detik yg cukup bersejarah ini. Dijemput ibu beliau pn. VIZAYA A/P THANBARAJU  bagi menerima jambangan bunga sebagai simbolik ucapan terima kasih dr pihak sekolah kerana mempunyai seorang anak yg berjaya mengharumkan nama sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada penerima anugerah.
Majlis kita hari ini diteruskan pula dengan penyampaian anugerah TOKOH  NILAM
Dijemput saudari  THIIVVIYAH A/P RAVINDRAN  KE PENTAS.



Sedikit dibacakan biodata penerima anugerah.
Merupakan anak kedua PASANGAN EN. RAVINDRAN A/L APPAWAA DAN PN. KAMALESWARI A/P NADARAJAH. Hobi beliau adalah membaca buku dan menulis. Bercita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang Berjaya . Jawatan yg pernah disandang ialah pengawas Pusat Sumber sekolah, Naib pengerusi Kelab catur. Mendapat 7 A dlm PMR 2013. Telah membaca 200 buah buku pada tahun 2013. Antara kriteria yang menjadi factor beliau terpilih sebagai penerima anugerah ini ialah, beliau merupakan peminjam buku paling kerap di Pusat Sumber Sekolah, merupakan pengunjung paling kerap di Pusat sumber sekolah, sering menghabiskan masa senggang slps waktu sekolah di pusat sumber,membaca pelbagai jenis bahan bacaan dari jenis fiksyen dan bukan fiksyen. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang spm 2013. Di atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh beliau, saudari  THIIVVIYAH A/P RAVINDRAN  KE PENTAS dianugerahkan SEBAGAI TOKOH NILAM SEKOLAH BAGI TAHUN 2014.
Dijemput kedua ibu bapa beliau ke pentas untuk bersama2 meraikan detik yg cukup bersejarah ini. Dijemput ibu beliau PN KAMALESWARI A/P NADARAJAH  bagi menerima jambangan bunga sebagai simbolik ucapan terima kasih dr pihak sekolah kerana mempunyai seorang anak yg berjaya mengharumkan nama sekolah

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada pelajar CEMERLANG SPM 2013.

Dijemput pelajar yang akan menerima hadiah ke pentas dimulai dengan..........




Anugerah seterusnya adalah anugerah pelajar cemerlang bagi setiap mata pelajaran SPM 2013. Majlis dengan ini menjemput pelajar yang akan menerima hadiah dimulai dengan:


 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha  pn salamah bt mohamad wakil  Pegawai pendidikan daerah petaling perdana dan pn pengetua atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Sebelum tetamu meninggalkan pentas dijemput Pn pengetua untuk menyampaikan sedikit cenderamata dari pihak sekolah sebagai tanda terima kasih kasih kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.
****(kalau blm makan baca)
Majlis anugerah cemerlang akan berhenti rehat seketika. Di jemput tetamu kehormat diiringi puan pengetua dan Yang Dipertua  PIBG ke bilik tetamu untuk menikmati  sedikit kudapan.

 Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan multimedia

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan tayangan multimedia yang memaparkan berita sekolah ini.
Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi, merupakan ilham kreatif daripada badan redaksi majalah sekolah  dibawah bimbingan Pn. Marina mohamad dan en. abu supian.
Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua.Anugerah seterusnya ialah anugerah PELAJAR CEMERLANG PMR 2013. Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berbahagia  EN. SIVAPRAKASAM A/L ARUMUGAM selaku Naib Yang Dipertua Pibg , DIIRINGI Yang dihormati Puan Suri Arini bt Samsuri , Penolong Kanan kokurikulum  SMK TMN SRI MUDA untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan..........................
Majlis dengan ini menjemput pelajar yang akan menerima hadiah


Penyampaian Anugerah yang seterusnya ialah anugerah Pelajar CEMERLANG BAGI SETIAP MATA PELAJARAN PMR 2013.
 Majlis dengan ini menjemput pelajar yang akan menerima hadiah


Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang BERBAHAGIA EN SIVAPRAKASAM A/L ARUMUGAM DAN Pn Suri arini bt Samsuri  atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian anugerah . Dijemput Puan Suri arini untuk menyampaikan sedikit cenderamata daripada pihak sekolah kpd  en. Sivaprakasam kerana sudi menyampaikan anugerah…dipersilakan….

Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan


Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada persembahan pelajar. Beliau akan mendendangkan lagu yang berjudul SAYANG yang telah dipopularkan oleh SHAE, dan CINDAI yg dipopularkan oleh dato siti norhaliza. . Hadirin sekalian, sama-sama kita dengarkan alunan suara  daripada saudari SIVAJOTHI A/P SELVARAJAN , DIPERSILAKAN.....

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada  SAUDARI Sivajothi A/P Selvarajan di atas persembahan yang cukup mempesonakan itu tadi. Harapan kami semua hadirin terhibur.

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Pn Norlila bt Omar Pengetua SMK TMN SRI MUDA ,  diiringi oleh Yang dihormati  Penolong kanan hal ehwal murid, Pn. Norhazliza bt Basiran  untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Penyampaian anugerah yang seterusnya ialah Anugerah pelajar cemerlang bagi setiap mata pelajaran Tingkatan 4 2013
Majlis dengan ini menjemput pelajar yang akan menerima hadiah



Penyampaian anugerah yang seterusnya ialah anugerah kepada pelajar yang mendapat  KEDUDUKAN TERBAIK DALAM KELAS bagi tingkatan 4 tahun 2013.
 Majlis dengan ini menjemput pelajar yang akan menerima hadiah dimulai dengan:


Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Norlila bt Omar dan Pn Norhazliza bt Basiran atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Majlis kita hari ini disajikan pula dengan tarian Klasik India dari pelajar yang dibimbing oleh cikgu yang tidak asing lagi iaitu Pn sivapackiam.  Majlis dengan ini menjemput saudari SRI AISWARYA A/P ACHANAN dari tingkatan 4 Damai untuk mempersembahkan tarian klasik india , dipersilakan....
Terima kasih diucapkan dan diharap hadirin- hadirat cukup berpuas hati dgn persembahan itu tadi.

 Majlis diteruskan dengan penyampaiana anugerah yang terakhir iaitu penyampaian anugerah kepada penyampaian anugerah kepada 10 pelajar terbaik  dalam iaitu dari tingkatan 4,tingkatan 2 ,tingkatan satu dan tingkatan peralihan tahun 2013. majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang dihormati  Pn Sakina bt Ibrahim penolong kanan  SMK TMN SRI MUDA ,  diiringi oleh Yang dihormati  Penolong kanan petang, Pn. Pusparani a/p Subramaniam untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
 Majlis dengan ini menjemput pelajar yang akan menerima hadiah


Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang dihormati Puan Sakina bt Ibrahim  dan Pn Pushparani a/p Subramaniam atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar  yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing.Setelah apa yang kita saksikan pada hari ini, pelajar2 kita bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik bahkan juga begitu terserlah kebolehan mereka dalam bidang kokurikulum.

 Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang tahun 2014 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis ..........................................................


Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh