Apa Itu Cinta?
Cinta itu perasaan jiwa
semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud
bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana
itu.
Dalam memenuhi keperluan
untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh
cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi
buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka
mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu.
Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan
tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah
cinta sebenar cinta.
Cinta Itu Indah
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta
tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan
tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan
putih bersih.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta
itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta
tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel
tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu
bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat
manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya
deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta
ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu, gembira,sedih, tenang,tertekan,
ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui
mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan
tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak
dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap
balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda
dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru
lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci
mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
No comments:
Post a Comment