Ya Allah… Seandainya
telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan
hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi…
Dan ya Allah… ya Tuhanku yang maha
mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan
abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya Tuhanku yang maha
mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama
dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantilah
yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama
dengan dirinya…
Ya Allah ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku
dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang
terbaik buatku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah
engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah
rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di
dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan
kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku
dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau
redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
No comments:
Post a Comment